SHAH ALAM: Polis menjalankan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi siasatan lanjut berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini siasatan dijalankan melibatkan pelbagai aspek termasuk semakan CCTV dan rakaman percakapan pelbagai individu.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian turut disemak bagi tujuan penelitian lanjut.
"Selain itu, seramai 19 individu turut dirakam keterangan melibatkan doktor, ibu bapa, jiran dan pihak sekolah mangsa serta saksi polis yang berada di pondok HTAR," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.
Hussein berkata, polis kini sedang menunggu laporan penuh forensik mengenai kematian mangsa.
Pada 14 Julai lalu, HTAR menerusi kenyataan menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, perkara itu dirujuk selepas video terbabit tular di aplikasi TikTok. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 25 2023
Pada 14 Julai lalu, HTAR menerusi kenyataan menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu. - Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Kematian kanak-kanak: Polis semak rakaman CCTV HTAR
Polis menjalankan semakan rakaman CCTV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi siasatan lanjut berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.